Automotif | Proton bakal jadi pengedar kenderaan elektrik

2022-09-21 0

Proton Holdings Bhd (Proton) hari ini memeterai perjanjian pengedaran am (GDA) dengan smart Automobile Co Ltd (smart) bagi penjualan kenderaan elektrik (EV) premium serta menyediakan servis berkaitannya di Malaysia dan Thailand.

Pengerusi Proton Datuk Seri Syed Faisal Albar Syed Ali Rethza Albar berkata model pertama smart jualan Proton dalam fasa pertama perjanjian tersebut akan dilancarkan pada awal suku keempat tahun depan.

Free Traffic Exchange